Tuesday, December 29, 2009

4 Langkah Penyelesaian Masalah

Membelek-belek kembali risalah dan buletin yang pernahku buat semasHa berinternship dulu...terjumpalah tips ni yang aku rasa nak dikongsikan dengan pengunjung blog ni. Tips ni aku ubah suai dari satu laman web iubahsuai daripada iaitu motivasikejayaan.com dan diharapkan yang membacanya mendapat manfaat dari perkongsian ini.


Hidup dan masalah ibarat aur dan tebing sememangnya tidak dapat dipisahkan. Oleh itu berikut adalah empat tips bagaimana anda boleh menghadapi masalah:

Mengetahui Bahawa Masalah Bersifat Sementara

Sememangnya tiada masalah yang bersifat kekal selamanya. Masalah adalah ibarat penyakit dan anda bertanggungjawab untuk mencari ubat yang tepat untuk menyembuhkannya.

Jelas dengan masalah yang berlaku

Benarkah itu masalah? Cuba tuliskan. Kalau anda tidak mampu menuliskan perkara tersebut , maka ia bukan masalah tetapi Cuma perasaan

sahaja. Kawal perasaan anda dengan baik. Jika ia benar masalah, luangkan masa untuk anda fikirkan apakah pokok masalah dan penyebabnya. Bercakaplah kepada orang yang anda percayai dan cari punca masalah anda.

Mula fikirkan Penyelesaian

Seringkali anda dengar, bila berhadapan dengan masalah, fokuskan kepada penyelesaian. Apabila anda sudah jumpa puncanya, cari penyelesaian. Carilah ubat yang sesuai dan gunakannya dalam masalah anda. Anda mungkin perlu mencuba berkali– kali untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat.

Bersikap positif dan bersangka baik

Kekalkan rasa baik dalam hati anda. Maka emosi anda akan stabil. Emosi yang stabil akan menggalakkan perlakuan yang baik. Sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif. InsyaAllah masalah anda dapat di tangani dengan baik.



Sekian..:)


Friday, December 25, 2009

Maha Melihat

Pertama kali dengar lagu nyanyian opick dan amanda ni aku terus jatuh cinta. Terutamanya pada lirik lagu ni yang straight to the point dan mendalam maksudnya. Kadang-kadang pabila kita terlalu ghairah mengejar kehidupan yang sementara ni kita lupa ada yang melihat tindak tanduk kita..yang selalu ada di sisi kita..yang setia mendengar dan melihat keluh kesah dan bebelan kita...bila kita merasa kita keseorangan kita lupa DIA selalu di sisi..DIA yang tidak pernah lupa akan hambaNYA sedangkan hambaNYA selalu melupaiNYA...renung-renungkanlah...


seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya
reff:
Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung
yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan
andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih
andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata





*courtesy of LirikLaguIndonesia.net

Thursday, December 24, 2009

Suatu Permulaan


Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Suatu permulaan..begitulah tajuk entri pertama blog ini. Permulaan saya sebagai blogger agar medium ini dapat saya gunakan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan apa sahaja yang bersarang difikiran saya. Ambilah yang baik dari perkongsian ini. Semoga coretan yang sedikit ini dapat memberi sedikit manfaat kepada yang membacanya.
Mengapa saya menamakan blog ini "Long Life Learning"? Saya percaya setiap detik dalam kehidupan kita dalam setiap hela nafas yang kita hembus, dalam setiap peristiwa yang kita hadapi dan dalam setiap langkah yang kita atur dalam kehidupan ini, kita belajar. Belajar tentang kehidupan..belajar menjadi lebih baik. Kita belajar dari buku..kita belajar dari tingkahlaku orang lain..kita belajar dari kejayaan dan kegagalan kita. Sesungguhnya kehidupan ini suatu pembelajaran. Belajar dari persekitaran..belajar mengambil iktibar. Melalui pembelajaran inilah kita membentuk falsafah kehidupan yang kita pegang.Sepertimana kita semua berbeza antara satu sama, begitulah jugalah dengan falsafah yang dipegang oleh setiap kita kerna kita menjalani pengalaman yang berbeza dan kita unik dengan cara kita sendiri.