Bismillahirahmanirahim...
Agak lama rasanya blog ini di biarkan terbengkalai tanpa sebarang post dan perkongsian. InsyaAllah blog ini akan dihidupkan semula.Semoga pengisisannya menjadi manfaat untuk yang membacanya.
Pembelajaran Tidakkan Pernah Berhenti kerna Setiap Detik dan Setiap Saat, Manusia itu Belajar Tentang Makna Kehidupan


Sudah agak lama blog ini dibiarkan bersawang oleh tuannya. Hehehe…okaylah hari ni saya nak kongsikan sesuatu yang agak simple. Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat dengar lagu yang bertajuk send it on dan salah satu bait lirik lagu ni yang berbunyi “Just smile and the world will smile along with you” satu baris lirik lagu yang sangat melekat dan terkesan dihati saya. Suatu baris perkataan yang saya selalu sebutkan samada ia terlahir dibibir atau terdetik dihati saya. Saya merasakan sebaris kata ini membawa aura positif pada diri saya. Pertama kali terdengar baris lirik ni hati saya berdetik..betulke kalau kita senyum kat orang orang senyum balik pada kita? Selalu senyum kat orang pon kekadang orang buat dek je... Tapi akhirnya saya dapat buktikan yang sememangnya betul kalau kita tersenyum pada orang lain tanpa putus asa..akhirnya orang itu akan tersenyum kembali pada kita dan saya nak kongsikan satu cerita dengan pembaca bahawa sememangnya snyuman akan dibalas senyuman. Ceritganya begini, saya dan kawan-kawan selalu berkunjung ke sebuah kedai di mana pembantu kedai tersebut amat susah untuk tersenyum..raut wajahnya selalu serius dan amat susah untuk melihat dia tersenyum bahkan saya boleh katakan dia tak pernah tersenyum. Kawan-kawan pun pernah komen benda yang sama. Tapi apa yang saya buat untuk menguji kebenaran sebaris ayat tersebut adalah tiap kali ke kedai tersebut saya selalu tersenyum pada pembantu kedai tersebut walaupun senyuman tersebut tidak pernah berbalas sehinggalah satu hari tu semasa saya dan kawan saya sedang berurusan di kedai tersebut dan keadaan kami agak kelam kabut...pertama kali pembantu kedai tu membalas senyuman kami. Ya Allah bahagianya rasa masa tu dan terdetik dihati saya..betullah ”Just Smile and The World will smile along with you”. Nampak simple kan? Tapi benda-benda yang simple dan remeh itulah yang selalu kita terlepas pandang dan seandainya dikaitkan senyuman itu dalam kehidupan kita..sebenarnya senyuman itu sangat berharga dan merupakan terapi yang baik untuk kita. Memang agak susah untuk kita tersenyum semasa kita sedih, semasa kita marah, semasa kita disindir, semasa kita difitnah tetapi seulas senyuman itu boleh menenangkan jiwa yang sedih, menenteramkan jiwa yang diamuk amarah dan hati yang terhiris disindir. Perasaan akan sedikit demi sedikit menjadi tenang dan alangkah baiknya seandainya disertakan dengan selawat dan tariklah nafas agar oksigen baru masuk dan membawa keluar karbon dioksida bersama-sama perasaan atau aura negatif tadi. Tiada yang mudah dalam kehidupan ini dan tiada juga yang mustahil dilakukan sekiranya diiringi dengan niat dan usaha berterusan dan dihujungnya pasti ada kemanisan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. Sekian. Jumpa Lagi.
Membelek-belek kembali risalah dan buletin yang pernahku buat semasHa berinternship dulu...terjumpalah tips ni yang aku rasa nak dikongsikan dengan pengunjung blog ni. Tips ni aku ubah suai dari satu laman web iubahsuai daripada iaitu motivasikejayaan.com dan diharapkan yang membacanya mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Hidup dan masalah ibarat aur dan tebing sememangnya tidak dapat dipisahkan. Oleh itu berikut adalah empat tips bagaimana anda boleh menghadapi masalah:
Mengetahui Bahawa Masalah Bersifat Sementara
Sememangnya tiada masalah yang bersifat kekal selamanya. Masalah adalah ibarat penyakit dan anda bertanggungjawab untuk mencari ubat yang tepat untuk menyembuhkannya.
Jelas dengan masalah yang berlaku
Benarkah itu masalah? Cuba tuliskan. Kalau anda tidak mampu menuliskan perkara tersebut , maka ia bukan masalah tetapi Cuma perasaan
sahaja. Kawal perasaan anda dengan baik. Jika ia benar masalah, luangkan masa untuk anda fikirkan apakah pokok masalah dan penyebabnya. Bercakaplah kepada orang yang anda percayai dan cari punca masalah anda.
Mula fikirkan Penyelesaian
Seringkali anda dengar, bila berhadapan dengan masalah, fokuskan kepada penyelesaian. Apabila anda sudah jumpa puncanya, cari penyelesaian. Carilah ubat yang sesuai dan gunakannya dalam masalah anda. Anda mungkin perlu mencuba berkali– kali untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat.
Bersikap positif dan bersangka baik
Kekalkan rasa baik dalam hati anda. Maka emosi anda akan stabil. Emosi yang stabil akan menggalakkan perlakuan yang baik. Sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif. InsyaAllah masalah anda dapat di tangani dengan baik.
Sekian..:)
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...